Thursday, April 12, 2012

Daulat Tuanku !



Daulat Tuanku ......!

Sejarah negara terpahat dengan penuh adat istiadat, gilang gemilang dan penuh bangga sebagai rakyat Melayu-Malaysia yang menjunjung setia 100% Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Satu-satunya sistem beraja yang tidak waris-mewarisi kerana dipilih secara bergilir-gilir di kalangan sembilan orang Raja-raja Melayu di mana pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. 

Sembah anak Melayu KeBawah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong ke-14 !

Telah termaktub kehebatan KeBawah Duli Tuanku di mana menjadi payung negara kepada dua orang Perdana Menteri yang mempunyai perkaitan darah iaitu Tun Abdul Razak dan anaknya, YAB Dato' Sri Mohd Najib. Allah jua yang mengetahui peri makna-maksudnya ! Daulat Tuanku ...

Bgitu indahnya sistem ini yang telah sekian lama diwarisi sejak zaman berzaman dan tak mungkin sebagai anak Melayu sejati yang tak lupa susur galur keturunannya menolak sistem beraja yang menepati semangat timbal-balik. Raja menjaga kebajikan dan keselamatan rakyatnya di samping rakyat menjunjung taat setia tidak berbelah bagi.

Namun dalam ketakwaan kepada Allah dan ketaatan kepada Duli Tuanku, ada juga manusia Melayu yang angkuh, sombong dan bodoh semacam lupa diri, lupa daratan, lupa asal usul menidak-nidakkan sistemnya sendiri yang dahulu menjaga maruah bangsanya yang hampir dihina dikeji 100% oleh penjajah terkutuk. Sekarang di tangan mereka yang lupa asal-usul inilah yang bersama-sama mereka yang namanya sahaja sebagai warganegara (dulunya orang dagang) tetapi enggan taat malah menghina-hina raja-raja kita. Cukup cacat hina warganegara bertopengkan penjajah campur yahudi sikap mereka ini !

Kepada mereka Melayu yang lupa diri dan warganegara (dulunya orang dagang) yang 'tak mengenang diuntung' .. ingatlah bahawa tiada kalian di muka bumi Allah ini...dan ketahuilah bahawa Malaysia adalah amanah Allah untuk Melayu-Islam, Raja-Raja Melayu tiada cacat celanya. Tanpa Raja-Raja Melayu di bumi bertuah ini nescaya akan rosaklah kedaulatan sebuah tamadun......

Jangan jadi bangsa yang kurang ajar dan tidak sedarkan diri seperti manusia-manusia yang tidak mempunyai maruah dan harga diri. Tanpa menyedari kita dijemput hadir ke majlis orang maka tatasusila perlulah dijaga. 







Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tukang Salang

  • Cacat Cido
  • Keris Penyalang