Saturday, April 28, 2012

Memang Bodoh



Gua respek lu bro. Lu lagi berani daripada geng-geng berSHIT tu. 

Dia orng ni berani bila buat di kawasan Melayu je. 

Kalau berani buat la, macam brader ni cakap. Petaling Street ke....Brickfield ke....Bukit Bintang ke...takkan berani dengan Melayu je kot. 

Serupa takde k*** je.....

Thursday, April 12, 2012

Daulat Tuanku !



Daulat Tuanku ......!

Sejarah negara terpahat dengan penuh adat istiadat, gilang gemilang dan penuh bangga sebagai rakyat Melayu-Malaysia yang menjunjung setia 100% Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Satu-satunya sistem beraja yang tidak waris-mewarisi kerana dipilih secara bergilir-gilir di kalangan sembilan orang Raja-raja Melayu di mana pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. 

Sembah anak Melayu KeBawah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong ke-14 !

Telah termaktub kehebatan KeBawah Duli Tuanku di mana menjadi payung negara kepada dua orang Perdana Menteri yang mempunyai perkaitan darah iaitu Tun Abdul Razak dan anaknya, YAB Dato' Sri Mohd Najib. Allah jua yang mengetahui peri makna-maksudnya ! Daulat Tuanku ...

Bgitu indahnya sistem ini yang telah sekian lama diwarisi sejak zaman berzaman dan tak mungkin sebagai anak Melayu sejati yang tak lupa susur galur keturunannya menolak sistem beraja yang menepati semangat timbal-balik. Raja menjaga kebajikan dan keselamatan rakyatnya di samping rakyat menjunjung taat setia tidak berbelah bagi.

Namun dalam ketakwaan kepada Allah dan ketaatan kepada Duli Tuanku, ada juga manusia Melayu yang angkuh, sombong dan bodoh semacam lupa diri, lupa daratan, lupa asal usul menidak-nidakkan sistemnya sendiri yang dahulu menjaga maruah bangsanya yang hampir dihina dikeji 100% oleh penjajah terkutuk. Sekarang di tangan mereka yang lupa asal-usul inilah yang bersama-sama mereka yang namanya sahaja sebagai warganegara (dulunya orang dagang) tetapi enggan taat malah menghina-hina raja-raja kita. Cukup cacat hina warganegara bertopengkan penjajah campur yahudi sikap mereka ini !

Kepada mereka Melayu yang lupa diri dan warganegara (dulunya orang dagang) yang 'tak mengenang diuntung' .. ingatlah bahawa tiada kalian di muka bumi Allah ini...dan ketahuilah bahawa Malaysia adalah amanah Allah untuk Melayu-Islam, Raja-Raja Melayu tiada cacat celanya. Tanpa Raja-Raja Melayu di bumi bertuah ini nescaya akan rosaklah kedaulatan sebuah tamadun......

Jangan jadi bangsa yang kurang ajar dan tidak sedarkan diri seperti manusia-manusia yang tidak mempunyai maruah dan harga diri. Tanpa menyedari kita dijemput hadir ke majlis orang maka tatasusila perlulah dijaga. 







Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Friday, January 20, 2012

Tonggak Nan Togak

Alahai....apa nak jadi dengan pakatan yang boghapo nak monjadi nie...tak paham.... iyo-iyo bona de molancakan (bukan moliwat yo)..... manipesto dio... kan main sodap donga e.... dalam banyak-banyak acik nak komen yang nia dulu...goli lak nonga e.....




Tonggak 7 : Rakyat nan selesa

  • Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
Penduduk Seremban telah mengamuk kerana pengangkutan awam tidak mencukupi dan berkesan. Mereka terpaksa berjalan kaki dari Bandar Seremban ke Ampangan atau Paroi. Terminal 1 dan Terminal 2 yang telah dibina tidak berkesan di dalam usaha untuk memajukan pengangkutan awam di Negeri Sembilan. Begitu juga hentian bas di Pejabat Pos Seremban Selatan.  Tambah malang hentian teksi yang berada di empat lokasi iaitu 1 di dalam bangunan Terminal 1 untuk ke luar Negeri Sembilan, 1 di luar terminal berhadapan dengan Petronas, 1 lagi di sebelah Plaza KM, ada lagi satu di Hentian Bas Seremban Selatan (bersebelahan Pejabat Pos Seremban Selatan) juga tidak berkesan.  Alamak terlupa rupa-rupanya di Giant Senawang pun ada hentian teksilah. Aduiiii....macam mana boleh lupa. 


Bagi sesiapa yang balik malam naik komuter dari Kuala Lumpur, tiada pengangkutan awam hendak pulang ke rumah. Kasihan dengan pemandu-pemandu teksi yang menunggu di Stesen Keretapi Seremban. 

Manakala bagi penduduk Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur kena berjalan kaki sejauh 60 kilometer setiap hari ekoran tiada pengangkutan awam bagi penduduk bandar. Masalah yang sama juga penduduk yang bertugas di Seremban 2, tiada pengangkutan awam. Syarikat bas seperti SKS, Cityliner dan Suasana Edaran belum lagi menjalankan perkhidmatan mereka. Secara ringkasnya, penduduk Seremban sedang menunggu Pakatan Separuh Masak merealisasikan gagasan/manifesto mereka.

Penduduk luar bandar turut mengalami masalah pengangkutan awam . Masalah ini dipercayai boleh diselesaikan oleh Pakatan Separuh Masak. Semua penduduk di luar bandar terpaksa berjalan kaki untuk ke Seremban. Baru-baru ini  pihak Cityliner telah memberhentikan perkhidmatan pengakutan awam disebabkan masalah kekurangan penumpang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membantu pihak Cityliner sebanyak RM581,000 bagi menampung kos operasi bulan Novermber dan Disember. Bantuan ini diberikan berikutan perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan Cityliner. Kerajaan Negeri Sembilan tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut sebagaimana Pakatan Separuh Masak lakukan terutamanya di Sungai Petani, Kedah. Tidak percaya, cuba baca di sini.......Kedah ke K L


  • Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi

Inilah yang dinamakan "tibo kek dado dibusung an, tibo kek poghut dikompih an'. "Daun dalam poghak oghang nampak, ranting dalam poghak sondighi tak diapek an". Punyolah bosa ompang kek Sopghi yg dibuek dek Kerajaan nak oghang Nismilan minam aie bosih. Ompang tu bulih nyimpan aie 3.5 juta meter padu. Lopeh tu SPAN ngan PAAB bagi pulak RM342 juta buek ompang baghu, tuka paip baghu dan macam-macam laie la. Kok nak dibanding an Nismilan ngan Kelantan. Kigho aie kek sini bulih minam toghuih daghi paip. Kok nak dibanding an laie oghang Nismilan nie bulihlah mandi pueh-pueh. Bezo ngan oghang Selangor ngan Kolumpur bocatu an dek bega e kerajaan Selangor. 


Oh iyo.... sajo nak sobot. Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar tomasuklah kek Kg Titian Akar, Bukit Kunyit, Tolok Komang dongan Bukit Kuau. Eh..eh...ado laie satu ompang...kek Triang Jolobu. 

  • Mewujudkan zon akses kepada internet percuma di seluruh Negeri Sembilan.

Sori bro. Lu orang baru merancang. Kerajaan sekarang dah buat pun. Cukup-cukuplah nak memperbodohkan diri sendiri. Kerajaan Negeri lancarkan 1NS Wireless, internet percuma pada tahun 2010 yang lalu dengan kerjasama TM. Apa cerita. Sekarang baru fasa pertama, bermula November 2010 sehingga Oktober 2013. Paling menarik Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang menggabungkan rangkaian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.  Kawasan yang diliputi 1NS Wireless ialah :-

Seremban
  • Dataran Seremban
  • Taman Tasek Seremban (Tengah)
  • Taman Rekreasi (berhadapan Klana Resort)
  • Seremban Parade Entrance (Kenny Rogers / Kedai Mamak)
  • Terminal 1 (ruang menunggu bas)

Seremban 2
  • S2 City Park (sebahagian kawasan / wakaf)


Senawang
  • Dataran Senawang
  •  Kawasan letak kereta (tengah)
  • Kaki lima restoran

Nilai
  • Majlis Perbandaran Nilai (MPN)
  • Dataran Nilai
  •  Murni Nursing College / Asrama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)
  • Giant Hypermarket Nilai (Commercial Lot Area berdekatan tempat letak kereta)

Port Dickson
  • Batu 4
  • Wakaf Batu 4
  •  Tapak Pasar Malam
  • Batu 8 Dataran Kemang·     
  • Wellness Zone (sebahagian kawasan / pintu masuk)


Tampin
  • Majlis Daerah Tampin (Laman Segar, Dewan Majlis)
  • Tampin Square (kawasan lapang berhadapan kedai kain Nagoya Tampin)
  • Stadium Tampin (Padang Serbaguna, Grand Stand)
  • Taman Rekreasi Tampin (berhampiran gelanggang squash)
  • Dataran Tampin

Rantau
  • Balai Raya Rantau
  • Pusat Khidmat ADUN Rantau
  • Dewan Orang Ramai Rantau
  • Pekan Rantau (liputan 600 meter dari TM Exchange)


Rembau
  • Ibusawat TM Rembau
  • Balai Polis
  • Wisma Jemaah Ulu Gadong
  • Perhentian Bas dan Teksi
  • Perkarangan Sudut Korporat Majlis Daerah Rembau
  • Dataran Rembau
  • Perkarangan Perpustakaan Daerah Rembau
  • Gelanggang Futsal
  • Masjid An-Nur
  • Aked Mara
  • Persekitaran Stesen Komuter

To be continue..........

Monday, January 16, 2012

Terima Kasih PDRM

Bergurau tida bertempat...akhirnya kau hampir disumbat. Inilah padah apabila kita tidak menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu. 

Pelajar USM yang mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap Perdana Menteri telah ditahan oleh pihak polis. Nasib baik dilepaskan untuk mengambil peperiksaan. 

Apapun, tahniah buat PDRM kerana pantas mengambil tindakan yang sewajarnya.




Nie namo e......... Codik tak leh diikut...Bangang tak bulih di aja.....

Sunday, January 15, 2012

Biadap atau Bodoh.....

Apakah hukuman sekiranya membuat ugutan terhadap pemimpin negara?.............

Belajar tinggi-tinggi..tapi bodoh melantun-lantun.....

Tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa. Ugutan telah dilakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia. Mungkin pelajar ini hanya untuk bergurau tetapi ia boleh dianggap sebagai ugutan bunuh. Sekiranya benar ia berlaku apakah tindakan yang diambil. Sebelum apa-apa berlaku, siasatan harus dijalankan. 




Kenyataan ini Keris Penyalang jumpa di blog : Youth's Intellectual Mind 

Senjata Melayu

Keris merupakan senjata dan lambang warisan budaya orang Melayu sejak zaman berzaman. Pelbagai jenis keris yang terdapat di Alam Melayu seperti Jawa, Bugis, Melayu, Patani dan Sumatera. Namun, apa jua jenis keris yang dimiliki, ia tetap senjata orang Melayu dan pemiliknya orang Melayu. 

Keris Penyalang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :-

  1. Keris Penyalang Kekuasaan / Lambang Kedaulatan
  2. Keris Penyalang Hukuman yang digunakan untuk melaksanakan hukuman bunuh
  3. Keris Penyalang Senjata - digunakan sebagai senjata di dalam pertarungan.


Kredit : Blog Abe Amri


Tanda Melayu dayus............... memohon maaf apabila mencabut keris dan mencium. 

Mencabut dan mencium bukan tanda peperangan tetapi tanda menyayangi dan menghormati warisan budaya Melayu..............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tukang Salang

  • Cacat Cido
  • Keris Penyalang