Friday, January 20, 2012

Tonggak Nan Togak

Alahai....apa nak jadi dengan pakatan yang boghapo nak monjadi nie...tak paham.... iyo-iyo bona de molancakan (bukan moliwat yo)..... manipesto dio... kan main sodap donga e.... dalam banyak-banyak acik nak komen yang nia dulu...goli lak nonga e.....




Tonggak 7 : Rakyat nan selesa

  • Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
Penduduk Seremban telah mengamuk kerana pengangkutan awam tidak mencukupi dan berkesan. Mereka terpaksa berjalan kaki dari Bandar Seremban ke Ampangan atau Paroi. Terminal 1 dan Terminal 2 yang telah dibina tidak berkesan di dalam usaha untuk memajukan pengangkutan awam di Negeri Sembilan. Begitu juga hentian bas di Pejabat Pos Seremban Selatan.  Tambah malang hentian teksi yang berada di empat lokasi iaitu 1 di dalam bangunan Terminal 1 untuk ke luar Negeri Sembilan, 1 di luar terminal berhadapan dengan Petronas, 1 lagi di sebelah Plaza KM, ada lagi satu di Hentian Bas Seremban Selatan (bersebelahan Pejabat Pos Seremban Selatan) juga tidak berkesan.  Alamak terlupa rupa-rupanya di Giant Senawang pun ada hentian teksilah. Aduiiii....macam mana boleh lupa. 


Bagi sesiapa yang balik malam naik komuter dari Kuala Lumpur, tiada pengangkutan awam hendak pulang ke rumah. Kasihan dengan pemandu-pemandu teksi yang menunggu di Stesen Keretapi Seremban. 

Manakala bagi penduduk Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur kena berjalan kaki sejauh 60 kilometer setiap hari ekoran tiada pengangkutan awam bagi penduduk bandar. Masalah yang sama juga penduduk yang bertugas di Seremban 2, tiada pengangkutan awam. Syarikat bas seperti SKS, Cityliner dan Suasana Edaran belum lagi menjalankan perkhidmatan mereka. Secara ringkasnya, penduduk Seremban sedang menunggu Pakatan Separuh Masak merealisasikan gagasan/manifesto mereka.

Penduduk luar bandar turut mengalami masalah pengangkutan awam . Masalah ini dipercayai boleh diselesaikan oleh Pakatan Separuh Masak. Semua penduduk di luar bandar terpaksa berjalan kaki untuk ke Seremban. Baru-baru ini  pihak Cityliner telah memberhentikan perkhidmatan pengakutan awam disebabkan masalah kekurangan penumpang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membantu pihak Cityliner sebanyak RM581,000 bagi menampung kos operasi bulan Novermber dan Disember. Bantuan ini diberikan berikutan perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan Cityliner. Kerajaan Negeri Sembilan tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut sebagaimana Pakatan Separuh Masak lakukan terutamanya di Sungai Petani, Kedah. Tidak percaya, cuba baca di sini.......Kedah ke K L


  • Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi

Inilah yang dinamakan "tibo kek dado dibusung an, tibo kek poghut dikompih an'. "Daun dalam poghak oghang nampak, ranting dalam poghak sondighi tak diapek an". Punyolah bosa ompang kek Sopghi yg dibuek dek Kerajaan nak oghang Nismilan minam aie bosih. Ompang tu bulih nyimpan aie 3.5 juta meter padu. Lopeh tu SPAN ngan PAAB bagi pulak RM342 juta buek ompang baghu, tuka paip baghu dan macam-macam laie la. Kok nak dibanding an Nismilan ngan Kelantan. Kigho aie kek sini bulih minam toghuih daghi paip. Kok nak dibanding an laie oghang Nismilan nie bulihlah mandi pueh-pueh. Bezo ngan oghang Selangor ngan Kolumpur bocatu an dek bega e kerajaan Selangor. 


Oh iyo.... sajo nak sobot. Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar tomasuklah kek Kg Titian Akar, Bukit Kunyit, Tolok Komang dongan Bukit Kuau. Eh..eh...ado laie satu ompang...kek Triang Jolobu. 

  • Mewujudkan zon akses kepada internet percuma di seluruh Negeri Sembilan.

Sori bro. Lu orang baru merancang. Kerajaan sekarang dah buat pun. Cukup-cukuplah nak memperbodohkan diri sendiri. Kerajaan Negeri lancarkan 1NS Wireless, internet percuma pada tahun 2010 yang lalu dengan kerjasama TM. Apa cerita. Sekarang baru fasa pertama, bermula November 2010 sehingga Oktober 2013. Paling menarik Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang menggabungkan rangkaian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.  Kawasan yang diliputi 1NS Wireless ialah :-

Seremban
  • Dataran Seremban
  • Taman Tasek Seremban (Tengah)
  • Taman Rekreasi (berhadapan Klana Resort)
  • Seremban Parade Entrance (Kenny Rogers / Kedai Mamak)
  • Terminal 1 (ruang menunggu bas)

Seremban 2
  • S2 City Park (sebahagian kawasan / wakaf)


Senawang
  • Dataran Senawang
  •  Kawasan letak kereta (tengah)
  • Kaki lima restoran

Nilai
  • Majlis Perbandaran Nilai (MPN)
  • Dataran Nilai
  •  Murni Nursing College / Asrama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)
  • Giant Hypermarket Nilai (Commercial Lot Area berdekatan tempat letak kereta)

Port Dickson
  • Batu 4
  • Wakaf Batu 4
  •  Tapak Pasar Malam
  • Batu 8 Dataran Kemang·     
  • Wellness Zone (sebahagian kawasan / pintu masuk)


Tampin
  • Majlis Daerah Tampin (Laman Segar, Dewan Majlis)
  • Tampin Square (kawasan lapang berhadapan kedai kain Nagoya Tampin)
  • Stadium Tampin (Padang Serbaguna, Grand Stand)
  • Taman Rekreasi Tampin (berhampiran gelanggang squash)
  • Dataran Tampin

Rantau
  • Balai Raya Rantau
  • Pusat Khidmat ADUN Rantau
  • Dewan Orang Ramai Rantau
  • Pekan Rantau (liputan 600 meter dari TM Exchange)


Rembau
  • Ibusawat TM Rembau
  • Balai Polis
  • Wisma Jemaah Ulu Gadong
  • Perhentian Bas dan Teksi
  • Perkarangan Sudut Korporat Majlis Daerah Rembau
  • Dataran Rembau
  • Perkarangan Perpustakaan Daerah Rembau
  • Gelanggang Futsal
  • Masjid An-Nur
  • Aked Mara
  • Persekitaran Stesen Komuter

To be continue..........

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tukang Salang

  • Cacat Cido
  • Keris Penyalang